Tuesday 18 December 2012

Aplikasi Memori Cache - Nurul Jamal


Terdapat dua jenis aplikasi dalam cache iaitu :
  1. Cache CPU
  2. Cache Cakera

Cache CPU

Ingatan kecil pada cip CPU boleh dipercepatkan berbanding ingatan utama yang lebih besar.

Cache Cakera

Selalunya disekalikan dengan embedded computer (EC) untuk protokal dan antaramuka. EC selalunya mempunyai ingatan yang kecil yang digunakan bagi menyimpan bit yang datang dan pergi dari piring cakera.
Terdapat 4 kegunaan dalam cache cakera, iaitu :

  • Baca depan / baca belakang (readahead / readbehind): Bila membaca daripada cakera, lengan cakera akan menggerakkan kepala baca/tulis (read/write head) ke laluan yang dikehendaki, dan mula mengambil bit-bit berkaitan. Biasanya, sektor pertama yang dibaca bukan merupakan yang dikehendaki, tetapi sektor sebelumnya. Komputer benam cakera selalunya turut mengambil sektor-sektor ini (sebelum dan selepas) kalau-kalau ia akan diminta oleh sistem pengendalian (O/S) nanti.
  • Penyelarasan kelajuan (speed matching): Kelajuan antara muka I/O selalunya tidak dapat membandingi kelajuan bit-bit dipindahkan dari/ke piring cakera. Jadi cache cakera digunakan supaya kedua-dua antara muka I/O dan kepada baca/tulis cakera dapat berfungsi pada kelajuan maksimum.
  • Pemecutan penulisan (write acceleration): Komputer benam cakera mungkin memberi isyarat kepada komputer utama bahawa penulisan cakera telah siap selepas menerimanya, walaupun data tersebut sebenarnya belum ditulis. Isyarat ini membolehkan komputer utama meneruskan kerjanya. Namun perkara ini agak bahaya kerana jika komputer kehilangan kuasa sebelum data ditulis kekal dalam cakera, data tersebut akan hilang dari cache cakera, dan akan terdapat kesilapan dalam sistem fail. Pemecutan penulisan adalah satu aspek kontroversi, jadi ia biasanya boleh dimatikan oleh pengguna. Untuk sesetengah cakera, masa bahaya ini boleh menjadi panjang jika terdapat banyak permintaan (request) baru. Jadi, aspek ini amat jarang digunakan dalam pelayan pangkalan data (database server) atau mesin lain yang mementingkan integriti dan ketepatan data.
  • Perbarisan arahan (command queueing): Cakera SATA terbaru dan kebanyakan cakera SCSI boleh menerima pelbagai arahan semasa menjalankan sesuatu arahan. Arahan-arahan ini disimpan oleh komputer benam cakera sehinggalah ia dijalankan. Sekiranya arahan bacaan diterima untuk destinasi yang akan ditulis, maka data yang belum ditulis (sedang beratur) itu akan dikembalikan. Apa yang membezakan aspek ini dengan pemecutan penulisan ialah sistem pengendalian komputer utama diberitahu bial sebenarnya sesuatu data itu ditulis ke cakera (media magnet). Jadi O/S boleh menyusun kembali jadual penulisan supaya sistem fail adalah konsisten.





No comments:

Post a Comment